Info Setempat Kereta Sewa

Promosi Kereta Sewa Kepala Batas Penang bermula $$ Sehari

Kereta Sewa Kepala Batas Penang

Berita penting buat penduduk Kepala Batas Penang. Kami di MelonDrive menyediakan khidmat kereta sewa Kepala Batas Penang. Telah berada di pasaran sejak 2012, bermula dengan tiga buah. Kereta sewa Kepala Batas Penang. Kini dengan kuantiti melebihi 40 buah kenderaan, mampu untuk memberi dan menyediakan kereta sewa pelbagai jenis dan model.
Tekan utk Call Abam Encem 🙂

Promosi Kereta Sewa Kepala Batas Penang bermula RM 110 Sehari.

kereta sewa kepala batas penang iriz
Kereta Sewa Kepala Batas Penang kini dikenali sebagai MelonDrive

Kepala Batas Pulau Pinang terletak di daerah Seberang Perai Utara. Bersempadan dengan Sungai Petani dan Butterworth. Kepala Batas sinonim dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang bagi daerah Seberang Prai Utara. Selain dari pusat pentadbiran, kedai Kereta Sewa Kepala Batas Penang terletak tak sampai 15 minit pemanduan.

Kedai Kereta Sewa Kepala Batas Penang ni dok tang mana?

Kedai Kereta Sewa Kepala Batas Pinang terletak berdekatan dengan pekan Kepala Batas. Dihubungkan dengan jaringan Lebuh Raya Utara Selatan, Butterworth Outer Ring Road (BORR) atau orang sini panggil ‘hiway pantai’, . Kurang dari 2 kilometer dari Kompleks Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Angpa boleh tekan Lokasi ke kedai untuk datang ke kedai kereta sewa Kepala Batas Pulau Pinang untuk berurusan dengan cepat dan mudah.

Landmark terdekat kami, berhampiran dengan Petronas Kampung Paya, Pejabat Pertubuhan Peladang Taman Seri Indah atau Bengkel Perodua lama di persimpangan Pajak Song.

Promosi Kereta Sewa Kepala Batas Penang tu sah untuk sampai bila?

Selagi posting ni masih wujud di alam maya ni, Insyaallah selagi tu kami masih berusaha untuk memberi layanan, khidmat, dan pengalaman tidak dapat di lupakan bila memandu kereta sewa kepala batas Penang.

Kami di kereta sewa kepala batas Penang amat menitik beratkan kualiti dan kepuashatian pelanggan. Jika pelanggan encounter atau terjumpa sebarang masalah berkaitan dengan kereta yang disewa, boleh patah balik mai minta unit kereta gantian*
*Terma dan syarat.

Kepala Batas Bukan Sekadar Pekan Koboi.

Pelbagai tarikan tersedia di sekitar kedai Kereta Sewa Kepala Batas Penang. Antara attraction point yang menjadi lokasi tumpuan pelancong atau penduduk setempat.

Kereta Sewa Kepala Batas Pulau Pinang Penang
Lokasi yang pernah menjadi tumpuan ramai pasangan pengantin untuk tujuan photoshoot outdoor.

FrogHill Tasek Gelugor a.k.a Lombong Guar Petai

Terletak berdekatan dengan Padang Menora, Kampung Guar Petai. Perjalanan dari kedai Kereta Sewa Kepala Batas ke FrogHill Guar Petai memakan masa sekitar 20 ke 30 minit dengan jarak perjalanan sekitar 15 ke 20 kilometer bergantung pada route yang di guna pakai.

Perjalanan ke FrogHill agak mencabar kerana jalan yang tidak berturap, dan ketiadaan sebarang papan tanda. Disarankan untuk menggunakan aplikasi Waze, Maps atau kembali pada zaman silam. Bertanya pada penduduk setempat. Mereka lebih arif tentang tempat nak dituju.

Dah plan nak pergi FrogHill Guar Petai? Tak dak kereta nak pi beramai ramai? Boleh terus datang ke kedai kereta sewa Kepala Batas Penang kami untuk sebarang pertanyaan atau sebut harga. Rujuk lokasi kedai disini.

Kereta Sewa kepala batas penang pantai kamloon
Pemandangan dan suasana yang tenang ketika fajar menyinsing di Pantai Kamloon

Pantai Kamloon Kepala Batas Penang.

Terletak kira kira 10 minit perjalanan bergantung pada trafik dari Kompleks Kailan Kepala Batas Penang. Atau 15 minit dari kedai kereta sewa kepala batas Penang, pengunjung yang teringin dan tak pernah pi Pantai Kamloon akan terbayang, camana la ada pantai kat tengah tengah pekan Kepala Batas ni. Takdak kenderaan sesuai nak bergerak? Jangan lupakan MelonDrive. Kedai kereta sewa Kepala Batas Pulau Pinang terletak 15~20 minit pemanduan dari Pantai Kamloon.

Sejarah tertubuhnya atau sejarah penamaan Kamloon mengikut cerita orang orang lama. Kamloon merujuk pada haiwan peliharaan pedagang Siam pada masa dulu, seekor gajah. Haaa, tak ke pelik. Tapi lagi sempoi punya dok ada, Kamloon merujuk pada pembakaran unggun api untuk tujuan halau nyamuk ketika pedagang singgah berehat sebentar dari perjalanan. Bila unggun api dah berasap, “berkelun kelun” la asap yang keluar dari unggun. Itu la sejarah penamaan Kamloon.

Dan pada ketika dahulu, Pantai Kamloon secara geografinya adalah muara sungai yang lebar. Akibat hakisan dan pengambilan pasir untuk tujuan pembinaan projek Jambatan Pertama Pulau Pinang, menjadikan kawasan sekitar sungai kini hanya tinggal sungai tanpa pasir sungai yang terhampar luas. Rujukan kepada sejarah nama Kamloon boleh refer di sini

Kereta Sewa Kepala Batas Penang Vision Park Bertam Kepala Batas
Vision Park Bertam, disarankan datang pada waktu petang, lebih meriah

Vision Park Bertam, Kepala Batas Penang

Antara tasik tadahan air buatan manusia di utara tanah air yang di naik taraf dengan fasiliti lengkap. Antara fasiliti yang di sediakan, kawasan rekreasi, bersenam dan jualan makanan ringan. Di tubuhkan pada awal 2013, projek Vision Park Bertam mula di buka pada orang awam sekitar pertengahan 2014.

Bersebelahan dengan Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, memudahkan bagi individu beragama Islam untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim dengan menunaikan solat fardhu.

Antara aktiviti yang boleh di lakukan di Vision Park, Bertam, Kepala Batas Penang, kayuh Angsa dengan harga RM 10, kayak, bersenam, berkelah, bermain belon air yang besar. Dan jika anda tiada kenderaan atau perlukan khidmat kereta sewa kepala batas Pulau PInang, boleh lah terus hubungi kami di sini

Kereta Sewa Kepala Batas Penang Pantai Robina
Pantai Robina. Port admin melepak dahulu kala 🙂

Pantai Robina a.k.a Pantai Molek.

Terletak berdekatan dengan Teluk Air Tawar, Pantai Molek antara tempat tumpuan untuk penduduk sekitar Seberang Perai Utara untuk berehat, bersosial, dan menyaksikan matahari terbenam. Di sebalik lautan yang terbentang luas, pengunjung boleh lari dari hiruk pikuk kota raya dan menikmati keindahan Pulau Pinang dari perspektif berlainan.
Tidak jauh dari Pantai Molek, kedai Kereta Sewa Kepala Batas Penang juga membuka cawangan baru di sekitar kedai ECO RM 2 Teluk Air Tawar.

Selain dari kereta sewa yang biasa, ada tak kereta sewa mewah?

Kami di kereta sewa Kepala Batas ada menyediakan pelbagai jenis kenderaan. Antara pilihan yang rare di market kereta sewa kepala batas adalah seperti berikut.

Kereta sewa kepala batas penang vellfire
Kereta Sewa Kepala Batas menyediakan Toyota Vellfire 7 seater. Tidak perlu di perkenalkan lagi. Reputasi, keupayaan, lambang sosial, daya pecutan. Tidak salah untuk berangan angan kan?
Kereta sewa kepala batas penang Hyundai Starex
Hyundai Starex 11 seater. Kategori MPV yang besaq gajah. 11 orang kot. Dah la besaq, transmisi automatik tuh.
Kereta sewa kepala batas penang Honda Accord
Honda Accord. Sesuai digunakan untuk apa apa aktiviti rasmi mahupun digunakan untuk tujuan promosi/ perkhawinan/  mahupun untuk melaram.
Kereta sewa kepala batas penang Volkswagen Passat
Volkswagen Passat. Kereta katergori Super Sedan. Kuasa pecutan, tork, sungguh mengujakan. Antara pilihan ramai untuk kegunaan Raja Sehari di sekitar kedai kereta sewa kepala batas.
Kereta sewa kepala batas penang Toyota Hiace
Van Toyota Hiace 11 seater. Van yang terakui prestasi dan durabiliti. Keluaran Jepun beb! Model van terhangat di kedai kereta sewa kepala batas.
Kereta sewa kepala batas penang Farid Placer X 18 seat
Van Placer-X 18 seater adalah antara pilihan ramai pelanggan kereta sewa Kepala Batas. Kapasiti enjin yang besar dengan 18 tempat duduk. Umpama balik beraya sekampung.
Kereta sewa kepala batas penang Bas Persiaran Pulau Pinang
Bas Persiaran 42 seater. Nak sewa bas tak? Kalau sewa bas, tak boleh dah bawak sendiri. Kena pakai driver MelonDrive yang berpengalaman dan sentiasa berhati hati dalam pemanduan. Sesuai untuk rombongan Kak Kiah.

Melon Drive Car Rental. Kereta Sewa Kepala Batas Pulau Pinang.
Hotline : Tekan untuk bercakap dgn abam hencem 
Tekan Sini untuk WhatsApp kami!

You may also like