Info Setempat

Penang Sentral dah dibuka untuk orang awam

penang sentral Butterworth Pulau Pinang

Penang Sentral Butterworth Terminal atau Terminal Bersepadu Penang Sentral telah dibuka untuk orang awam pada 22 November 2018. Pengguna Kereta Sewa boleh terus hubungi kami untuk info lanjut. Tekan untuk call kami sekarang!

Penang Sentral Butterworth Terminal

Apa kelebihan Penang Sentral Butterworth berbanding yang sebelum ni?

Terminal pengangkutan yang menyediakan ‘all in one stop transportation hub’.
Jika dulu, kita kena bergerak atau berlari untuk membeli tiket keretapi atau tiket bas.
Kini semuanya dibawah satu bumbung. Perjalanan anda tidak lagi memenatkan kerana semua tiket di jual di satu ruang legar. Dan paling utama, berhawa dingin. Tidak lagi berpanas atau berhujan embun jika datang untuk menempah tiket atau untuk meneruskan perjalanan ke destinasi anda.

Penang Sentral

Selain dari Hub Pengangkutan, Penang Sentral Butterworth adalah Pusat Membeli Belah, Hotel dan Kondo mewah.

Masih tertunggu tunggu tanpa hala tuju? Atau train delay?
Penang Sentral Butterworth ada penyelesaian. Di bawah satu bumbung, semua keperluan asas disediakan di Penang Sentral Transportation Hub. Kaunter belian tiket bas, keretapi, dan feri ada disitu. Juga ruang solat, tandas yang bersih, ruang makan atau restoran berkualiti tinggi juga ada.

Jika anda baru sampai dari KL atau mana sahaja, dan tidak tahu kemana atau aktiviti untuk dibuat di Pulau Pinang, boleh pergi ke kaunter Informasi atau layari link berikut untuk sedikit info berkenaan aktiviti atau tempat menarik yang boleh di lakukan sepanjang tempoh percutian di Pulau Pinang.

Penang Sentral with ETSSejarah penubuhan Penang Sentral Butterworth.

DI ilhamkan oleh bekas Perdana Menteri ke lima,Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Projek ini di rangka berdasarkan penubuhan KL Sentral di Kuala Lumpur dan Terminal Bersepadu Tasik Selatan.

Selama hampir 15 tahun penduduk dan pengguna Terminal pengangkutan sementara Butterworth terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan terminal yang usang, tidak sistematik, ruang yang sempit dan kemudahan asas yang terhad. Kini pengguna tidak perlu lagi menempuh susah payah, pahit getir dalam urusan seharian mereka. Penang Central di lengkapi dengan kemudahan asas, berhawa dingin dan agak canggih jika dibandingkan dengan terminal bas di utara tanah air.

Penang Sentral

Dilengkapi dengan kemudahan asas yang bertaraf 5 bintang. Kenapa tunggu lagi? Datang dan alaminya sendiri.

Selain dari kemudahan yang disediakan oleh Penang Sentral Butterworth, tersedia juga lot kedai yang menjual keperluan asas ‘travel kit’. Pickup dan drop off point bagi syarikat e-hailing seperti GrabCar, BitCar, Uber.

MelonDrive.com Antara syarikat kereta sewa yang beroperasi di kawasan sekitar Penang Sentral. MelonDrive Transport Co. Beroperasi sejak dari 2012, bermula dengan 6 buah kereta. Kini bilangan kereta yang melebihi 50 unit pelbagai jenis kereta sedia untuk di sewakan kepada pengguna atau penyewa kereta sewa Penang Sentral.

Atas maklumbalas dari pelanggan dari serata ceruk dunia, kini kami mampu menambah baik servis kereta sewa Butterworth. Pengguna atau penyewa hanya perlu melayari link ini dan berkomunikasi dengan admin MelonDrive untuk membuat tempahan kereta sewa Penang. Selesai pendaftaran dan bayaran untuk kegunaan sepanjang berada di Pulau Pinang, pengguna boleh pergi ke parking lot untuk mengambil kereta yang di tempah.

Penang Sentral

Penang Sentral Butterworth mula beroperasi dari 22 November 2018.

Tarikh keramat bagi daily user Penang Sentral Butterworth. Penyediaan petak parking secara berkupon, atau bulanan di sediakan. Dengan hanya RM 200 sebulan, anda kini mampu tersenyum lebar jika perlu menggunakan khidmat pengangkutan awam untuk travel ke negeri lain dalam tempoh masa yang lama.

Boleh berhubung dengan kami untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut berkaitan kereta sewa di sekitar Butterworth. Kami sedia membantu.

MelonDrive Transport Co.
Hotline : Tekan untuk bercakap dgn abam hencem 🙂
Tekan Sini untuk WhatsApp kami!

You may also like