Info Setempat Makan Angin

5 Tempat Wajib Lawat Penang. Rugi Tak Baca. Jom Terjah!

Jambatan Pulau Pinang

Sekiranya anda pernah datang ke Pulau Pinang, tentu anda tahu akan kewujudan Jambatan Pulau Pinang. Lambang kebanggaan penduduk Pulau Pinang dengan kepanjangan melebihi 13km, perjalanan memakan masa lebih kurang 15 minit tidak terasa lamanya kerana suasana ombak dan angin laut yang menghembus muka. Namun, posting kali ni bukan sekadar berbincang tentang Jambatan Pulau Pinang. Admin nak share 5 tempat yang wajib lawat Penang jika dah ada plan atau dah pun sampai kat Penang.

1. Bukit Bendera @ Penang Hill. Tempat wajib lawat Penang

Tempat wajib lawat Penang yang pertama tidak asing lagi buat pengunjung atau pelancong Pulau Pinang. Terletak kira kira 18km dari Penang International Airport, Bukit Bendera menjanjikan suatu pemandangan yang unik dengan ketinggian melebihi 2700 kaki dari atas laut. Tentunya suhu di puncak lebih sejuk dan nyaman dari kawasan sekitar Georgetown atau Batu Ferringhi. Train pertama dari station bawah bermula pada jam 6.30 pagi dengan sela masa antara 15 minit atau 30 minit bergantung pada keadaan semasa.

Tempat wajib lawat Penang
Zahirkan rasa cinta anda kepada yang tersayang di Bukit Bendera. Suasana dan persekitaran yang tenang, menggamit rasa di hati.

Banyak tarikan di tempat wajib lawat Penang pertama ini. Antara tarikan utama di Bukit Bendera yang menjadi pilihan pengunjung di Bukit Bendera adalah bersantai santai Dataran Love Lock, Ais Kacang Penang Hill yang famous, bergambar dengan Ular Sawa Albino yang jinak, melihat matahari terbenam, dan enjoy suasana yang tenang di puncak Bukit Bendera.

Avatar Secret Garden Park

Namanya menggambarkan suasana movie Avatar yang pernah box office satu ketika dahulu. Taman dan pokok yang berwarna biru, watak alien yang berwarna biru, sesuatu yang baru untuk di hadam oleh kita rakyat marhaen. Wajib lawat Penang meletakkan Avatar Secret Garden Park sebagai list yang kedua kerana keunikannya.

Edit:  Info tambahan.
Selain dari Avatar Secret Garden Park, tarikan terbaru yang hampir serupa adalah di Pulau Jerejak. Dengan harga pakej sekitar RM50 untuk tiket masuk, bot pergi dan balik, pengunjung dan pelancong pasti tidak mahu melepaskan peluang berselfie di tempat yang lawa dan privacy ni. Pulau Jerejak terletak tidak jauh dari Queensbay Mall, Bayan Baru. 1 port tambahan dalam list wajib lawat Penang untuk anda semua.

Tempat wajib lawat Penang avatar park
Lebih hebat dari I-City Shah Alam. Puas berselfie di Avatar Secret Garden.

Kini pelancong Pulau Pinang dan peminat filem Avatar tak perlu susah susah lagi mencari tempat berselfie hat yang jauh jauh. Tempat wajib lawat Penang untuk list ke dua ni, Avatar Secret Garden. Terletak di sekitar Tanjung Tokong, berhampiran dengan kuil Thai Pak Khoong Temple. Boleh waze atau navigate disini. Tiada bayaran masuk di kenakan. Kan berbaloi.

Pantai Batu Feringghi. Tempat wajib lawat Penang yang ketiga!

Satu nama yang tidak asing lagi buat penduduk dan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Terletak kira kira 18 km dari Pangkalan Raja Tun Uda Ferry Terminal a.k.a Jeti Feri Pulau Pinang. Tempat tarikan pelancong ini memberikan 1001 rasa ketika berada disini. Bagi pasangan yang berbulan madu, hotel sekitar pantai Batu Feringghi ada menyediakan pakej candle light dinner di bawah pancaran bulan mengambang. Kan seronok kalau pergi tempat wajib lawat Penang ni.

Tempat wajib lawat Penang feringghi beach
Pantai yang berbeza, harga yang berlainan. Kenapa perlu susah payah pergi sampai ke luar negara jika di Malaysia pun ada pantai yang cantik camni.

Pantai dengan pasir yang putih berkilat, ombak yang tenang, segala macam permainan yang boleh disewa disini. Antara aktiviti yang boleh di lakukan di pantai Batu Feringghi, aktiviti berkuda, sewaan jetski, sewaan payung terjun bulat, bersantai sambil selfie, lepak dan perhatikan matahari terbenam.

Pantai Kerachut @ Taman Negara Pulau Pinang.

Buat peminat aktiviti lasak, jungle trekking sejauh sejam perjalanan kaki pasti perkara mudah buat korang. Tapi, bersedia lah untuk dihidangkan dengan pelbagai tarikan Taman Negara Pulau Pinang. Di wartakan sebagai Taman Negara pada tahun 2003, Keunikan yang tidak terdapat di taman Negara di Malaysia. Ianya mempunya tasik meromictic. Nak tahu lebih lanjut? Tekan sini. Sesuai untuk anda yang inginkan kelainan dan suasana yang lebih tenteram. Menjadikan Pantai Keracut sebagai tempat ke empat dalam list Wajib Lawat Penang kali ni.

Tempat wajib lawat Penang meromictic lake 2

Penat lelah trekking hutan selama satu jam pasti membuahkan hasil yang meriangkan jika di hidangkan dengan pelbagai aktiviti dan pantai yang bersih tidak tercemar oleh anasir luar. Disebabkan kurangnya campur tangan dari pembangunan pesat Pulau Pinang, Taman Negara Pulau Pinang menyediakan 9 pantai yang terbaik di dalam Pulau Pinang. Menjadikan Pantai Keracut sebagai tempat ke 4 wajib lawat Penang.

Armenian Street. Tempat wajib lawat Penang yang ke 5 dalam list.

Sekali pandang, atau kalau tersesat, pasti pelancong akan menyangka yang Armenian Street adalah tempat yang biasa biasa. Namun, cuba lalui sendiri pengalaman yang susah nak dapat ni. Park kereta atau motor sewa anda, enjoy the scenery, enjoy the ambient, selfie disetiap lorong yang ada pelbagai lukisan mural yang dilukis oleh para artis terkenal dunia. Pasti tidak rugi berpanas panas. Ada live band, ada street food vendor yang pasti membuatkan anda rasa berbaloi baloi perjalanan dan percutian anda ke Pulau Pinang.

Selain dari semua di atas, Penang ada pelbagai makanan untuk anda!

Habaq ja apa yang terlintas di buah fikiran anda, pasti anda tak sangka yang Penanng ni, walaupun kecil je, tapi ada pelbagai juadah tersedia untuk anda, Lupakan tentang diet anda, lupakan tentang weight goal anda. Kalau dah datang Penang, tapi kalau tak baham semua makanan yang tersedia, tobat lahom rugi. Kalau masih rasa bersalah atas apa yang anda dah sumbat dalam perut anda petang tadi, basikal sewa yang ranggi ranggi ada banyak di setiap tepi jalan. Self Pickup. Self kayuh ya hakak habang sekalian. Nah, dah makan macam macam tadi, boleh la bakar lemak dengan cara mengayuh basikal bersama yang tersayang. Exercise dapat, memori indah dengan yang tersayang pun dapat. Sweet gitu.

Artikel ini dibawakan oleh MelonDrive Transportation Services.
Nak Sewa Kereta atau khidmat Penang Tour?
Call Disini
Website : https://melondrive.com

You may also like